Friday, July 9, 2010

MARI BERDIET! | let's diet!



sebenarnya,saya mempunyai masalah yang sangat BESAR iaitu badan saya semakin BESAR.
setelah setahun setengah berada dekat uitm kampus pilah,saya baru sedar yang saya ni suka makan,tak suka jogging dan suka tidur (penyebab BESAR yang menyumbang kepada keBESARAN badan yang agak melampau).
jadi,saya mengambil inisiatif untuk membuang segala lemak tepu dan taktepu dalam badan ni.
saya termotivasi kerana jeans dan slacks saya kelihatan sangat ketat yang melampaui batas.
jika dipakai,maka terkeluarlah sedikit muffin ditepi pinggang yang kelihatan sedap tapi tak sexy -.-"
jadi setelah 2 minggu naik belajar,dan setelah mengamalkan diet yang seimbang (a'la perancis),saya dapati bahawa seluar slack yang dahulunya sempit seperti sudah longgar ye.
tapi mulut busuk kawan saya mengatakan bahawa sebenarnya seluar itu dah kembang.
namun jauh di sudut hati saya,saya merasakan perut saya ada sedikit turun ye.
ok dah cukup bercakap,saya nak kongsi pula cara saya berdiet.selamat mencuba kalau rela :P


SARAPAN | breakfast

saya selalunya makan cereal dalam bekal tupperware hijau epal saya je dengan susu.sambil lecturer memberi lecture, sambil itulah saya munch,munch,munch (tiba2 : i dont want anybody to eat in my class ok.please respect me teaching here -.-") ataupun saya membeli vitagen/yogurt drink dekat One Stop dan satu paket roti RM1. murah dan sedap kan?



MAKAN TENGAHARI | lunch



sebenarnya mengelakkan makan nasi atau dalam nama saintifiknya carbs adalah MITOS semata2(pada instict cik suhaili la kan).hal ini kerana,saya masih makan nasi semasa berdiet tapi boleh je kuncup sikit perut ni ha.tapi jangan la amik 2 pinggan pulak kan;saya maksudkan hanya 2 senduk pada waktu tengahari beserta sayur 3 senduk dan sedikit protein (ikan/daging/kerang,etc.)



MAKAN MALAM | dinner


dinner saya tetapkan ialah sebelum pukul 7. lepastu tak boleh makan berat2 dah la ye. biasanya makan em em..oh,baru ingat.makan apa2 yang ada dlm locker ni ha.biskut dengan jem raspberry ke,cereal ke..kadang2 kalau rajin masaklah nasi goreng bubuh halia (buang angin & toksin dlm badan)

KUDAPAN | supper


kadang2 malam2 buta nak tidur ni la lapar macam tahap dewa dewi olympic. MAGGI adalah bukan jalan penyelesaian yang baik ye kawan. makan prunes 2-3 biji dah cukup.jangan pulak satu container hang libas.tak bagus tu. selamat mencuba diet a'la cik suhaili tembam bam bom!



p.s : kalau lapar sebelum waktu makan,minum air banyak2.setkan waktu makan anda.kalau tak tiap2 jam tu lah waktu makan.TAKBAGUS!











happy blogging,
suhaili

0 comments:

Post a Comment